PETALING JAYA: Usul undi percaya bagi membuktikan keabsahan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tidak wajar dilakukan kerana seolah-olah menidakkan perkenan Yang di-Pertuan Agong memutuskan pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sebagai Perdana Menteri ke-10. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sekarang adalah masa untuk bekerja dan kerajaan perpaduan diterajui Anwar wajar diberi peluang membuktikan mereka…