Banjir termenung, penduduk bimbang kemunculan lintah

Banjir termenung, penduduk bimbang kemunculan lintah

SALIHEN Ismail menunjukkan lintah paya yang muncul diberikutan banjir termenung di Kampung Teluk Memali, Kampung Gajah di Pasir Salak. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Penduduk di Kampung Teluk Memali, Kampung Gajah, di sini bimbang berikutan kemunculan lintah disebabkan banjir termenung sejak lebih dua minggu lalu di kampung mereka.

Kemunculan lintah bersaiz besar itu disedari sejak seminggu lalu apabila ada penduduk yang menjadi mangsa gigitannya.

Mereka semakin risau ke­mun­culan lintah semakin ba­nyak sehingga ada yang naik ke dinding rumah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang penduduk, Salihen Ismail, 28, berkata, pada mulanya dia menyangka haiwan itu adalah pacat yang memang biasa dilihat ketika cuaca hujan.

Katanya, namun ketika diamati, rupa-rupanya haiwan itu ialah lintah dan saiznya agak luar biasa, dipercayai naik hingga ke rumah penduduk dari kawasan paya berdekatan berikutan air bertakung.

“Lintah ini naik hingga ke rumah penduduk kerana banjir termenung, semakin lama kemunculannya semakin banyak hingga membimbangkan kami. Ada penduduk yang digigit haiwan ini, menyebabkan rasa gatal.

“Kami bimbang kemunculan lintah semakin banyak jika banjir termenung ini berterusan. Lintah ini dari kawasan paya berdekatan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, dia bimbang ancaman lintah paya terhadap penduduk sehingga terpaksa berjaga-jaga pada waktu malam kerana lintah naik ke dinding rumah.

Katanya, penduduk yang digigit lintah akan mengalami rasa gatal dan setakat ini kesan gigitan lintah hanya disapu dengan minyak urut.

“Pada hari pertama air naik kira-kira dua minggu lepas, tidak ada lintah namun selepas seminggu air turun sikit, baru nampak kemunculan lintah yang naik ke dinding rumah.

“Pada mulanya saya ingatkan lintah biasa yang bersaiz pendek, tapi saiznya agak besar, ini adalah lintah paya.

“Saya tidak benarkan emak dan adik adik perempuan berjalan atas air di halaman rumah. Kalau nampak lintah, kami akan tangkap dan segera menghapuskannya,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya