Audit projek rintis lantanid di Hulu Perak dalam kawalan, patuh SOP - Utusan Malaysia

Audit projek rintis lantanid di Hulu Perak dalam kawalan, patuh SOP

SAARANI Mohamad pada sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Hasil audit ke atas projek rintis perlombongan nadir bumi, ‘lantanid’ di Hulu Perak menunjukkan aktiviti yang dilaksanakan adalah dalam kawalan dan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, audit bagi pusingan pertama juga mendapati, ekstrak hasil aktiviti perlombongan itu tiada sebarang kesan negatif terhadap persekitaran.

“Pihak berkuasa negeri melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri bertarikh 1 September 2022 telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Audit Bagi Tujuan Pemantauan Pelaksanaan Projek Perintis Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Perak.

“Selaras dengan tujuan berkenaan, jawatankuasa audit telah memulakan pengauditan projek rintis di atas tanah seluas 87.4 hektar pada Jumaat lalu.

“Penemuan audit untuk pusingan pertama menunjukkan aktiviti dilaksanakan dalam kawalan dan mematuhi sepenuhnya SOP yang ditetapkan serta tiada sebarang kesan negatif terhadap persekitaran,” katanya pada sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Isu perlombongan lantanid dibangkitkan Mohamad Fakhrudin Abdul Aziz (Pas-Kamunting) yang memohon supaya diwujudkan satu jawatankuasa untuk memantau aktiviti perlombongan lantanid di Perak terutamanya di Hulu Perak.

Mengulas lanjut Saarani berkata, bagi memantau projek itu, Jawatankuasa Bersama Projek Perintis NR REE di Negeri Perak melibatkan kerajaan negeri dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah pun diwujudkan.

Katanya, jawatankuasa berkenaan dipengerusikan secara bersama oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Ketua Setiausaha NRECC.

“Jawatankuasa Teknikal kepada Jawatankuasa Bersama Projek Perintis NR REE yang dipengerusikan Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Perak bersama beberapa agensi teknikal yang berkaitan juga telah diadakan.

“Jawatankuasa berkenaan berfungsi bagi memantau pengoperasian dan pelaksanaan aktiviti perlombongan NR REE di lapangan berdasarkan SOP yang disediakan,” katanya.

Tambah beliau, di peringkat Persekutuan, NRECC telah melantik Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak sebagai agensi pemantau bagi memastikan pematuhan projek perintis ini berdasarkan kepada SOP NR REE. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya