Apa status 4 ahli Parlimen Bersatu Sabah?

Apa status 4 ahli Parlimen Bersatu Sabah?

KERATAN laporan Utusan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Status empat ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang meninggalkan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Sabah menimbulkan persoalan sama ada mereka telah keluar parti dan perlu mengosongkan kerusi atau sebaliknya.

Walaupun bertanding di atas tiket GRS, empat wakil rakyat itu adalah ahli Bersatu Sabah dan mengambil keputusan untuk keluar parti namun kekal menyokong GRS, hari ini.

Berdasarkan Perkara 49A (1) Perlembagaan Persekutuan, kekosongan berlaku jika dia melepaskan keanggotaan parti politik itu atau tidak lagi menjadi anggota parti politik berkenaan.

Ini bermakna di bawah undang-undang anti lompat parti itu, seorang ahli Parlimen kehilangan kerusi jika mereka keluar daripada parti mereka.

Sebelum ini Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri pernah mengeluarkan satu infografik  dan menjelaskan prinsip larangan bertukar parti hanya merangkumi Ahli Dewan Rakyat keluar daripada sesuatu parti politik dan tidak mengira parti politik dalam gabungan yang sama atau lain.

Terdahulu, Bersatu Sabah dilaporkan lumpuh apabila semua wakil rakyatnya keluar parti berkuat kuasa hari ini.

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor berkata, semua wakil rakyat mengambil keputusan keluar dan meninggalkan Bersatu Sabah.

Pada PRU15 lalu, terdapat empat Parlimen Bersatu Sabah menang namun mereka menggunakan atas tiket GRS.

Bagaimanapun undang-undang lompat parti tidak terpakai membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerana Sabah belum menggubal enakmen mengekang wakil rakyat menyertai parti lain. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.