Anwar pegang portfolio kewangan kerana keadaan luar biasa

Anwar pegang portfolio kewangan kerana keadaan luar biasa – Rafizi

anwar
RAFIZI RAMLI (kanan) berkata, Anwar Ibrahim terpaksa pikul portfolio kewangan kerana keadaan yang luar biasa. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Rafizi Ramli berkata keadaan luar biasa telah menyebabkan Perdana Menteri. Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan Menteri Kewangan.

Beliau berkata Anwar mengambil peranan untuk mengelakkan konflik dalam kalangan gabungan dan parti yang membentuk kerajaan perpaduan.

“Tidak ada parti yang mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan tetapi, pada masa yang sama, kami memerlukan kepimpinan yang kukuh untuk ekonomi.

“Kita juga tahu setiap parti komponen dalam kerajaan perpaduan mahukan jawatan Menteri Kewangan, jadi masuk akal buat masa ini untuk Perdana Menteri mengambil peranan bagi mengelakkan konflik.” katanya pada sidang media hari ini.

Rafizi bagaimanapun berharap ia tidak dijadikan amalan kerana idealnya Perdana Menteri tidak boleh memegang portfolio kewangan dalam Kabinet. = UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.