TANJUNG MALIM: Penerima Anugerah Diraja sempena majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-24 di Dewan Tuanku Canselor Kampus Sultan Azlan Shah di sini, Muhammad Luqman Hakim Mohd Hanapiah, 24, sudah bertekad merangkul anugerah graduan cemerlang sejurus mendaftar sebagai pelajar univesiti itu sebelum ini. Menurutnya, dia bersyukur kerana impiannya menjadi realiti dan kini sudah bekerja sebagai artis animasi di sebuah syarikat animasi di Kuala Lumpur. “Kejayaan yang dicapai hari…










