Peluru berpandu Israel serang syarikat petrokimia Iran - Utusan Malaysia

Peluru berpandu Israel serang syarikat petrokimia Iran

KEPULAN asap naik dari lokasi serangan di Teheran pada 16 Mac 2026. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Media Iran pada Isnin melaporkan bahawa Israel telah menyerang sebuah syarikat petrokimia di Mahshahr, barat daya Iran, ketika kedua-dua negara yang sedang berperang terus berbalas serangan hanya beberapa jam selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyeru agar Israel tidak bertindak balas.

“Musuh Zionis telah melancarkan serangan udara ke atas Syarikat Petrokimia Karoon di Mahshahr,” menurut media tempatan dalam satu hantaran di Telegram.

Media itu turut memetik seorang pegawai penguat kuasa undang-undang tempatan yang berkata bahawa peluru yang dilancarkan oleh Israel telah mengenai kemudahan tersebut.

Serangan itu dilakukan selepas siren amaran bergema di Israel pada Ahad apabila tenteranya memaklumkan bahawa ia berjaya memintas peluru berpandu yang dilancarkan dari Iran, iaitu serangan pertama seumpama itu sejak gencatan senjata pada April berkuat kuasa dalam perang di Asia Barat.

Pasukan elit Kor Pengawal Revolusi Iran menyifatkan serangan itu sebagai satu amaran selepas Israel menyerang pinggir selatan Beirut pada awal hari yang sama dan mengancam akan melancarkan serangan yang lebih meluas sekiranya pencerobohan berulang.

Gencatan senjata yang bermula pada 8 April telah menghentikan permusuhan besar antara Iran dengan musuhnya, Israel dan AS yang menyerang Teheran pada 28 Februari lalu

Namun, usaha untuk menukar gencatan senjata itu kepada satu penyelesaian berkekalan sering menemui jalan buntu dan pelancaran peluru berpandu pada Ahad dijangka terus menjejaskan harapan untuk mencapai keamanan yang berkekalan ketika perang di Asia Barat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN