Antarabudaya Malaysia tawar biasiswa STEM buat 10 pelajar

Antarabudaya Malaysia tawar biasiswa STEM buat 10 pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Organisasi sukarelawan, Antarabudaya Malaysia menawarkan biasiswa penuh kepada 10 pelajar berusia antara 15 hingga 17 tahun menerusi program AF Global STEM.

Program yang julung kali diperkenalkan itu bertujuan meluaskan tahap pengetahuan golongan sasar termasuk dalam isu Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) di samping kelestarian serta pembelajaran antara budaya. 

Inisiatif berkenaan dijadualkan berlangsung selama empat bulan dengan melibatkan seramai 180 peserta dari 18 negara.

Istimewanya, pelajar turut berpeluang dihantar ke salah satu daripada enam destinasi AFS iaitu Brazil, China, Mesir, Eropah, India dan Amerika Syarikat selama empat minggu, selepas mereka selesai mengikuti kurikulum e-pembelajaran dalam tempoh 12 minggu.

Pemegang Amanah Lembaga AFS International dan Penasihat Antarabudaya Malaysia, Datin Yasmin Merican berkata, pembelajaran melibatkan projek berimpak sosial di samping pembentangan mengenai penyelesaian cabaran dunia masa kini dengan penekanan kepada matlamat pembangunan mampan (SDG) anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Malah, katanya, para pelajar turut dapat melihat secara dekat bagaimana syarikat dan organisasi di luar negara menggunakan kemahiran STEM bagi menangani cabaran industri masyarakat dengan isu alam sekitar. 

“Antara topik kajian termasuk isu perubahan iklim dan peralihan tenaga menerusi e-kurikulum yang dibangunkan bersama antara AFS International dan Universiti Pennsylvania.

“Walaupun tempoh permohonan agak singkat, tetapi pelajar disarankan menghantar permohonan secepat mungkin kerana peluang ini dapat memperkayakan pengalaman pembelajaran antara budaya mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Permohonan terbuka kepada warganegara yang bersedia dan berupaya untuk mengembara ke luar negara antara Jun hingga Ogos 2023 di samping dapat mengambil bahagian dalam talian menerusi pembelajaran dalam bahasa Inggeris. 

Tarikh tutup permohonan ialah sebelum 8 Januari 2023 dan untuk maklumat lanjut layari laman web http://www.afsmas.org/global-stem/ atau hubungi Sophie Ismail (Antarabudaya Malaysia) di di talian 03-78876866. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya