Agong, Permaisuri seru rakyat teladani kejayaan Adnan Yaakob

Agong, Permaisuri seru rakyat teladani kejayaan Adnan Yaakob

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah menyeru rakyat meneladani kejayaan bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob yang berjaya menamatkan pengajian dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), semalam. 

Menurut Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sukacita dan bangga di atas kejayaan beliau yang sekali gus membuktikan bahawa usia bukan halangan untuk mencapai kejayaan cemerlang. 

“Seri Paduka berdua menzahirkan ucapan tahniah kepada bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob. 

“Seri Paduka Baginda berdua menyeru rakyat meneladani kejayaan Tan Sri Adnan yang juga membuktikan bahawa dengan iltizam, semangat perjuangan yang tinggi dan usaha yang bersungguh-sungguh, kita mampu bersaing dan berjaya. 

“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Tan Sri Adnan Yaakob dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook. 

Semalam, media melaporkan, Adnan menerima Ijazah Sarjana Muda pada usia 72 tahun di Istiadat Konvokesyen UIAM ke-38 serta menerima anugerah Senarai Rektor kerana menampilkan prestasi cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.62. 

Adnan pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Pahang dari 1999 hingga 2018. Beliau merupakan Menteri Besar Pahang yang paling lama berkhidmat iaitu selama 19 tahun sebelum melepaskan jawatan itu selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.