850 banduan Penjara Kelantan diberi latihan pekerjaan - Utusan Malaysia

850 banduan Penjara Kelantan diberi latihan pekerjaan

MAT Yaacob (hadapan dua dari kiri) semasa sesi bergambar di Program Outreach Memperkasa Komuniti Koreksional 'We Care' Peringkat Penjara Negeri Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota Bharu, Kelantan hari ini. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Penjara Kelantan mengesahkan seramai 850 banduan yang sedang menjalani hukuman diberi latihan pekerjaan dalam pelbagai bidang melibatkan kerjasama dengan syarikat Corporate Smart Internship (CSI).

Pengarahnya, Penolong Kanan Komisioner Mat Yaacob berkata, kerjasama yang terjalin sejak 2018 itu menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan berkenaan.

“Untuk tahun ini, seramai 850 banduan termasuk 280 sedang bekerja dengan syarikat berkenaan buat masa ini.

“Setakat ini, kesemua 21 syarikat CSI ini dapat menyediakan 300 peluang pekerjaan dan masih ada banyak lagi syarikat yang sedang menunggu untuk bekerjasama dengan kita,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Outreach Memperkasa Komuniti Koreksional ‘We Care’ Peringkat Penjara Negeri Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota di sini, hari ini.

Mat memberitahu, banduan yang terlibat dengan program itu terdiri daripada penghuni penjara yang bakal menyertai Sistem Parol dan Program Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL).

Katanya, program itu sangat berjaya kerana perubahan dapat diukur apabila hanya 0.4 peratus yang terlibat dengan banduan berulang.

“Terdapat peraturan penjara yang melayakkan seorang banduan untuk mengikuti program ini dan ada yang tidak layak contohnya banduan yang bakal menjalani hukuman mati, reman dan sebagainya.

“Antara bidang yang mereka ceburi dalam syarikat berkenaan adalah mekanik, perkilangan serta perladangan. Malah ada syarikat yang sedang menunggu untuk mengambil banduan wanita untuk menjalani latihan spa,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya