23 mangsa masih terperangkap - Utusan Malaysia

23 mangsa masih terperangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 23 daripada 94 individu diklasifikan hilang, dipercayai masih terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di tiga tapak perkemahan berdekatan jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highland.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, seramai 363 anggota terdiri daripada 15 agensi yang disertai enam anjing penyelamat digerakkan bagi mencari mangsa yang berbaki itu.

“Pengusaha tapak perkemahan dimaklumkan ada membuat pendaftaran dan dari pendaftaran itu pihak berkuasa dapat 94 nama.

“Ada kemungkinan angka ini berubah? Jawapannya ya sebab satu keluarga barangkali cuma daftar nama suami isteri sahaja, tetapi kita elakkan spekulasi itu cuma angka kita terima pakai adalah 94, angka ini penting untuk dijadikan sasaran pencarian

“Badan (mayat) pertama ditemukan pukul 5.40 pagi dan badan terakhir pukul 11 menjadikan 11 badan ditemuikan, 23 masih kita klasifikasikan sebagai hilang dengan usaha pencarian sedang dilakukan.

“Jadi kalau 94 kita temui 11, kita klasifikasikan hilang 23 bakinya itu yang telah dapat diselamatkan yang kebanyakannya di tapak perkhemahan tiga yang kurang terjejas teruk berbanding tapak A dan tapak B yang habis ditimbus tanah. Melalui dron, keadaan itu sudah tak nampak bentuk asal lagi,” katanya kepada pemberita di sini.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, beliau juga sudah mengarahkan Polis Daerah ini untuk segera mengeluarkan arahan keselamatan baru supaya tapak perkhemahan di sektar sini tidak lagi menerima pengunjung sehingga diberitahu kelak.

“Sekarang musim cuti sekolah trend aktiviti outdoor seperti berkhemah ini meningkat selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Mana-mana balai polis kalau menerima laporan tentang orang hilang dari ahli keluarga yang mengetahui anggota mereka ada di sini, itu kami akan kumpulkan, tetapi kita harap tidak ada lagi,” katanya.

Beliau menambah, soal peraturan kelulusan atau punca akan diteliti kemudian.

“Tumpuan sekarang adalah tumpuan menyelamat mencari lagi 23, kita doa mudah-mudahan usaha menyelamat ini mmapu menemui mereka dalam keadaan selamat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN