200 kenderaan bertembung di Jambatan Zhengxin

200 kenderaan bertembung di Jambatan Zhengxin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang maut selepas lebih 200 kenderaan terlibat dalam kemalangan besar di sebuah jambatan di bandar Zhengzhou di China akibat kabus tebal, kelmarin.

Puluhan kereta dan trak dilihat remuk dan terhimpit di Jambatan Zhengxin Huanghe dalam video yang dimuat naik di media sosial, sementara sebuah kereta dilihat rosak teruk akibat dilanggar bertubi-tubi dalam gambar yang diambil dari rakaman saluran CCTV.

“Keadaannya terlalu menakutkan. Penuh dengan orang di sini, saya tidak fikir kita boleh turun dari jambatan itu,” kata seorang daripada mangsa dalam klip video berkenaan.

Menurut penyelamat dan saluran CCTV, ramai yang cedera akibat tersepit di dalam kenderaan dan pihak bomba terpaksa menghantar lebih 11 trak bomba dan 66 anggota penyelamat untuk membantu mangsa yang terperangkap.

Perkhidmatan meteorologi berkata, jarak penglihatan di banyak kawasan kurang daripada 500 meter pagi semalam dan turun sehingga 200 meter pada masa-masa tertentu.

CCTV melaporkan, kemalangan ngeri itu melibatkan kereta dari kedua-dua arah yang melalui jambatan lintasan utama Sungai Kuning.

Polis dilaporkan terpaksa menutup jambatan itu kepada semua lalu lintas selepas insiden kemalangan itu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya