12 penumpang, dua pemandu cemas bas ekspres masuk gaung

12 penumpang, dua pemandu cemas bas ekspres masuk gaung

KEADAAN bas ekspres yang terbabas ke dalam gaung di Kilometer 24, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Gua Musang, Kelantan, hari ini.-MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seramai 12 penumpang bersama dua pemandu sebuah bas ekspres berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di Kilometer 24, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 pagi itu, semua terselamat dan hanya seorang penumpang perempuan berusia 21 tahun mengalami kecederaan di bahagian muka.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, semasa kejadian, bas terbabit yang dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun dalam perjalanan membawa penumpang dari Kota Bharu menuju ke Kuantan, Pahang melalui jalan Gua Musang.

Katanya, laluan bas terpaksa ditukar daripada menggunakan laluan biasa selepas jalan Kuala Terengganu disebabkan bencana banjir. 

“Setibanya di tempat kejadian, bas ekspres tersebut dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kiri jalan menuju ke Gua Musang serta terbalik ke dalam cerun. 

“Akibat kejadian tersebut, bas mengalami kerosakan teruk pada bahagian sebelah kiri, manakala kesemua 12 penumpang dan dua pemandu terselamat. Hanya seorang penumpang mengalami cedera ringan dan dibawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan susulan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, keadaan jalan berselekoh dan serta cuaca hujan renyai-renyai ketika kemalangan itu.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tidak cermat dan siasatan lanjut masih dijalankan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya