ZPP, Perkeso meterai kerjasama permudah bantuan kepada golongan sasar - Utusan Malaysia

ZPP, Perkeso meterai kerjasama permudah bantuan kepada golongan sasar

AMRAN HAZALI (dua dari kanan) dan Mohammed Azman Aziz Mohammed (dua dari kiri) selepas menandatangani MOC Sistem MySynergy di Butterworth, Pulau Pinang hari ini. - Pix SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Pusat Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memeterai memorandum kerjasama (MOC) mengenai perkongsian data menerusi sistem MySynergy bagi membela nasib golongan asnaf di negeri itu.

Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Datuk Amran Hazali berkata, kerjasama pintar itu bakal memanfaatkan kedua-dua belah pihak sekali gus memudahkan penyaluran bantuan kepada golongan sasar.

“Kita kongsi data supaya dapat selaraskan apa jua bentuk bantuan untuk asnaf negeri ini dan kerjasama ini dapat meningkatkan kecekapan tadbir urus ZPP.

“Diharapkan kita akan dapat membantu (reach out) lebih ramai golongan memerlukan supaya tidak berlaku lagi isu terlepas pandang individu yang memerlukan bantuan.

“Perkongsian pintar ini adalah kali pertama yang dimeterai dan saya amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan organisasi besar seperti Perkeso yang menjaga keselamatan sosial rakyat negara ini,” katanya dalam majlis menandatangani MOC itu di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Amran mewakili ZPP manakala Perkeso diwakili Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Mengulas lanjut, Amran berkata, menerusi sistem itu kedua-dua pihak dapat berkongsi data selain mengelakkan pertindihan maklumat melibatkan kepentingan golongan fakir.

“Seringkali kita lihat di platform media sosial yang mana pihak zakat didakwa tidak membantu golongan tertentu dan kerjasama ini dijangka dapat menyelesaikan isu terbabit.

“Melalui perkongsian data, sudah pasti golongan terlibat akan dibantu dan sekiranya bantuan sudah dihulurkan, kita akan tambah lagi mengikut keperluan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.