Zahid sahkan tiada kerjasama PN, akan hantar SD pada Agong - Utusan Malaysia

Zahid sahkan tiada kerjasama PN, akan hantar SD pada Agong

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dan akan menyerahkan Akuan Bersumpah (SD) kepada Yang di-Pertuan Agong petang nanti.

Menurut Ahmad Zahid, seramai 26 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang hadir di Hotel Seri Pacific manakala dua lagi Ahli Parlimen tidak sihat.

“Kami telah memutuskan ketetapan dan arahan parti yang diputuskan Dewan Tertinggi BN merupakan arahan standing order.

“Di dalam hal ini, mana-mana pihak yang keluarkan bahawa BN telah menyertai mana-mana gabungan adalah tidak benar.

“Mana-mana individu yang menandatangani atau SD kepada mana-mana calon Perdana Menteri selain ketetapan parti adalah tidak sah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya