PRU-15: Penyokong Kecoh, FRU lepaskan gas pemedih mata

[VIDEO] PRU15: Penyokong kecoh, FRU lepaskan gas pemedih mata

PETER ANTHONY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM: Proses penamaan calon di Dewan DSP Antanom kecoh apabila sepasukan penyokong dipercayai menimbulkan provokasi sehingga memaksa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan gas pemedih mata.

Dalam video tular dalam media sosial, pasukan FRU melepaskan gas pemedih mata bagi meleraikan penyokong yang membawa bendera Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).

Kekecohan itu berlaku difahamkan susulan penolakan pencalonan Presiden Parti KDM, Datuk Peter Anthony yang ingin bertanding bagi kerusi Parlimen Tenom.

GADUH di Tenom dipercayai Peter Anthony daripada Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia tidak dibenarkan bertanding. – MEDIA SOSIAL

Penolakan pencalonan itu dipercayai menyebabkan penyokong parti tersebut menimbulkan kekecohan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah ketika dihubungi Utusan Malaysia enggan mengulas tentang kejadian tersebut.

Sebelum ini, Peter yang juga bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu berjaya menggantung hukuman penjara yang disabitkan terhadapnya atas kesalahan memalsukan dokumen palsu berhubung kontrak kerja penyelenggaraan sistem di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 1 Ogos lalu menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya