fbpx

Uzur tidak halang Enah mengundi

ENAH DORA dibantu anaknya, Jamil mengundi di SMK Alauddin Riayat Shah, Muar.

MUAR: Meskipun demam dan uzur, seorang warga emas di sini tetap bersemangat  menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) hari ini.

Enah Dora, 89,  berkata, perancangan asal untuk keluar mengundi awal pagi tetapi berasa tidak sihat dan demam.

Walau bagaimanapun, dia tidak mahu melepaskan peluang dan meminta bantuan seorang anak yang hanya mahu dikenali sebagai Jamil untuk menghantarnya mengundi setelah berasa sedikit bertenaga.

“Saya ni demam, itu sebab tak jadi keluar pagi. Rancang dari semalam dengan anak-anak memang nak undi pagi tapi saya minta mereka tangguh sebab nak tunggu rasa sihat sikit.

“Selepas dah tengah hari, alhamdulillah rasa kuat sikit, saya ajak anak untuk keluar mengundi bersama-sama,” katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alauddin Riayat Shah, di sini.

Enah berharap kerajaan selepas ini mampu memberikan keselesaan dan membantu menangani kos sara hidup yang semakin meningkat demi kesejahteraan rakyat dan negara. –UTUSAN

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN