Usul Ahmad Zahid berundur: BN gesa komponen hormati solidariti

Usul Ahmad Zahid berundur: BN gesa komponen hormati solidariti parti

ZAMBRY ABD KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebarang cadangan dan usul dikemukakan di dalam peringkat mesyuarat akan dimuktamadkan sepenuhnya dalam mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menurut peraturan dan perlembagaan parti.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, hal ini kerana BN berpegang kepada prinsip saling menghormati dalam menangani sebarang isu dihadapi.  

Justeru katanya, adab dalam menyatakan dan mengeluarkan sebarang kenyataan hendaklah dipelihara dengan sebaik-baiknya agar tidak menimbulkan salah faham. 

“Ini termasuklah hal-hal yang dibincangkan di dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, beberapa pemimpin komponen BN mendesak Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur ekoran sepucuk surat yang tular semalam.

Ia membabitkan surat dihantar ke Istana Negara dan ditandatangani Ahmad Zahid kononnya mendakwa 30 ahli Parlimen BN menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Pemimpin kompnenan BN juga didakwa mengemukakan usul tidak percaya kepada Ahmad Zahid di atas tindakan membelakangi keputusan BN.

Terdahulu, Zambry berkata, Ibu Pejabat BN mengambil maklum tentang beberapa kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh parti komponen BN yang tular di media massa dalam negara.

“Pihak ibu pejabat menasihati semua pihak untuk terus memelihara solidariti dan semangat muafakat yang telah lama terbina di dalam BN bagi memastikan kesejahteraan dan kerukunan serta toleransi di kalangan parti-parti anggota dan parti-parti gabungan BN,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya