Tuntut hak Sabah tidak terletak pada logo - calon PH Penampang

Tuntut hak Sabah tidak terletak pada logo

EWON BENEDICT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Perjuangan menuntut hak Sabah tidak terletak pada logo sebaliknya, bergantung kepada kesungguhan pemimpin.

Demikian kata calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Penampang, Datuk Ewon Bendecik bagi menepis dakwaan bahawa Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) kehilangan identiti kerana tidak menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Naib Presiden UPKO itu berkata, soal penggunaan logo itu tidak seharusnya timbul kerana ia bukan faktor yang menentukan keikhlasan pemimpin memperjuangkan hak-hak Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Jika dilihat kita dalam PH, tidak kira UPKO, PKR mahupun DAP, kita sudah lawan hak Sabah di mahkamah pada 3 Jun lalu.

“Jadi, mereka yang guna logo masing-masing dalam pilihan raya ini, saya tidak nampak mereka bawa tuntutan hak Sabah sampai ke mahkamah.

“Kalau berjuang setakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan melalui media, semua kita telah buat,” katanya selepas program ramah mesra bersama penduduk Kampung Timpangoh Laut, Penampang.

Namun, PH Sabah tanpa melihat kepada logo parto-parti dalam komponennya telah berjuang sehingga ke mahkamah untuk menuntut hasil 40 peratus seperti terkandung dalam Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, parti-parti yang bertanding atas logo sendiri itu, apa pula pendekatan mereka ambil bagi menuntut hak Sabah. Biarpun menggunakan logo sendiri, kalau tidak mahu berjuang dengan berani maka, tiada apa-apa perubahan akan berlaku.

“Setakat bercakap kepada media dan berceramah dalam kempen sama juga, rakyat Sabah tidak dapat hasilnya.

“Kalau semua sama ada yang menggunakan logo parti atau logo gabungan, kalau setakat kampung-kampung, saya fikir rakyat Sabah tidak akan mendapat pembelaan yang baik,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, sekiranya mahkamah memutuskan saman yang telah difailkan itu, beliau yakin keputusan itu akan memberi manfaat kepada rakyat.

Sebelum ini, calon Parti Warisan (Warisan) Tuaran, Jo-Anna Sue Henley Rampas mempertikaikan keupayaan UPKO untuk memperjuang hak-hak Sabah kerana parti itu dilihat tidak bertanding menggunakan logo sendiri.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN