Tun M mahu bina terminal feri baharu ke Langkawi

Tun M mahu bina terminal feri baharu ke Langkawi

DR. Mahathir Mohamad (duduk, kiri) menandatangani potretnya yang dilukis oleh Abdul Rahman Isa, 42, yang merupakan penduduk Taman Nilam semasa Kenduri Rakyat di Langkawi, Kedah. -  UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Tun Dr. Mahathir Mohamad berjanji membina sebuah terminal feri penumpang baharu ke Langkawi bagi menggantikan terminal feri sedia ada di Kuala Perlis dan Kuala Kedah, ketika ini.

Calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Parlimen Langkawi itu berkata, pembinaan itu dilaksanakan jika partinya menang dan mempunyai kuasa selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

Beliau berkata, kedua-dua terminal itu yang dibina di muara sungai tidak lagi sesuai kerana lumpur dari hulu sungai akan mendap di muara yang menyebabkan kerja-kerja pengerukan perlu dilakukan secara berkala di laluan feri.

“Kita perlu feri yang banyak keluar masuk ke Langkawi, barulah mudah orang datang ke Langkawi. Tetapi malangnya air itu cetek sangat. Cuma waktu air pasang sahaja feri itu boleh masuk, waktu lain tak boleh masuk. Bot yang kecil pun kadangkala tak boleh masuk juga.

“Kalau kita menang dan dapat kuasa, kita buat pelabuhan baharu antara Perlis dengan Kedah yang bukan di muara sungai,” katanya ketika berucap semasa Kenduri Rakyat di Taman Nilam, di sini, malam tadi.

Menurut Dr. Mahathir, terminal feri baharu itu tidak akan menghadapi masalah air cetek lagi selain kerja-kerja pengerukan laluan feri hanya perlu dibuat sekali.

Kata beliau, cadangan membina terminal feri baharu itu ibarat tidak diambil berat oleh kerajaan sebelum ini.

Katanya, beliau pernah bercakap kepada Menteri Besar Perlis untuk melakukan kerja pengerukan di situ, namun tiada tindakan segera dibuat dan kerja itu hanya dilakukan baru-baru ini.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir ketika berucap turut berseloroh menyatakan usianya adalah masih muda dan mampu untuk menjadi wakil rakyat.

“Ada orang kata saya dah tua, umur dah 97 duduk di rumah jaga cuculah. Itu pun saya buat, tak akan setiap masa saya nak berpolitik, masa lapang kita jagalah cucu.

“Kalau kita tidur saja bila dah tua, kita nak bangkit tak larat. Pasal otot kita ini dah lemah dan kalau kita tak bercakap dengan orang, tak tahu bahas, otak kita pun macam kecut tak boleh fikir,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya