KUALA LUMPUR: Calon Perikatan Nasional (PN) mendahului calon-calon lain di kerusi Parlimen Batu bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Setakat pukul 8.54 malam, keputusan tidak rasmi menyaksikan Azhar Yahya memperoleh 1,159 undi mengatasi pencabarnya dengan majoriti sebanyak 719.
Calon daripada Barisan Nasional (BN), Datuk A. Kohilan Pillay pula mengikuti di belakangnya dengan jumlah undi sebanyak 440.
Parlimen Batu mempunyai 113,863 orang pengundi berdaftar.
Pada PRU14, kerusi itu sebelum ini disandang oleh P. Prabakaran ketika itu bertanding sebagai calon Bebas dengan majoriti 24,438 undi. –UTUSAN