Tian Chua ingin bersikap inklusif untuk rakyat - Utusan Malaysia

Tian Chua ingin bersikap inklusif untuk rakyat

TIAN CHUA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pendekatan yang inklusif untuk semua parti bukan sahaja parti diwakili perlu dilakukan bagi memastikan semua pihak dapat bergerak membantu rakyat walaupun ada ideologi politik berbeza.

Calon Bebas di Parlimen Batu, Tian Chua berkata, sikap terbuka kepada mana-mana pihak yang ingin berjasa kepada penduduk perlu diutamakan supaya rakyat mendapat perkhidmatan terbaik.

Menurut beliau, sekiranya menang di Parlimen Batu, dirinya akan melantik individu-individu tanpa melihat ideologi politik berbeza bagi memastikan gerak kerja membantu rak­yat berada di tahap maksimum.

“Sekiranya saya menang Parlimen Batu, saya rasa kita harus mengambil sikap yang inklusif terhadap perkhidmatan buat penduduk. Dahulu kerana ahli Parlimen ini dipilih mengikut parti jadi jika dia menang semua lantikan akan mengikut parti­nya sendiri.

“Memandangkan ramai se­kali yang berminat di Batu, saya akan bersikap terbuka sekiranya ada sesiapa yang boleh buat kerja, rajin dan berminat untuk berjasa dengan warga di sini saya akan lantik di dalam majlis perwakilan. Sebagai contoh Setiausaha UMNO Bahagian Batu, Ghulam Muzaffar Gulam Mustakim,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, akhbar melaporkan, Tian Chua yang juga bekas Naib Presiden PKR bertindak bertanding di Parlimen Batu menggunakan tiket Bebas selepas Pakatan Harapan (PH) membuat keputusan muktamad mengekalkan penyandang kerusi Parlimen tersebut, P. Prabakaran.

Mengulas lanjut, Tian Chua berkata, di dalam manifestonya terdapat tiga teras utama yang akan diperjuangkan sekiranya berjaya mengambil kerusi Parlimen Batu semula, antaranya adalah mengenai iklim, perlin­dungan sosial dan urus tadbir.

“Saya rasa ramai calon-calon tengah berkempen tetapi tidak memahami keperluan masyarakat terutamanya pesaing saya, Prabakaran. Saya tidak mahu kritik beliau tetapi ingin nasihatkan supaya beliau berhenti serangan peribadi dan fokus pada tawaran ingin dibawa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya