Sorok ketamin dalam penguli doh untuk eskport 

Sorok ketamin dalam penguli doh untuk eskport 

SEBAHAGIAN dadah yang disorok di dalam penguli doh untuk dieskport ke luar negara yang dirampas polis dalam serbuan di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Jumaat lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU:  Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas merampas dadah jenis ketamin bernilai RM160,000 dalam serbuan di sebuah syarikat penghantaran di Bayan Lepas, dekat sini, Jumaat lalu.

Dadah yang dipercayai mahu dihantar ke luar negara menerusi perkhidmatan syarikat penghantaran itu ditemukan disorokkan di dalam tempat penguli doh.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, dalam operasi kira-kira pukul 7 pagi itu, seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun turut ditahan.

”Dengan dipandu arah oleh suspek, polis menemukan dadah jenis ketamin sebanyak 2.92 kilogram yang disorok di dalam 11 unit penguli doh berwarna merah dan hijau di syarikat penghantaran tersebut.

“Kesemua dadah jenis ketamin bernilai RM160,000 itu dipercayai milik sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan akan dihantar ke luar negara melalui syarikat penghantaran tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Kamarul, kesemua dadah ketamin yang dirampas dalam serbuan itu mampu digunakan kira-kira 4,000 penagih dadah.

”Polis juga tidak menolak kemungkinan sindiket ini bukan kali pertama menyeludup ketamin ke luar negara dengan cara tersebut,” katanya.

Kata beliau, suspek yang bekerja sendiri itu direman  enam hari sehingga 10 November ini bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

”Ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati dia negatif dadah dan semakan rekod juga mendapati suspek tidak mempunyai sebarang kesalahan lampau.Polis turut menyita sebuah motosikal jenis CF250 bernilai RM12,000 dan sebuah kereta jenis Proton Persona bernilai RM15,000 menjadikan nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta berjumlah RM187,000,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN