Sepang menyaksikan persaingan sengit 8 penjuru

Sepang menyaksikan persaingan sengit 8 penjuru

PARLIMEN Sepang menyaksikan saingat sengit 8 penjuru. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kerusi Parlimen Sepang menyaksikan perlawanan sengit lapan penjuru apabila kesemua calon yang bertanding hadir menyerahkan pencalonan masing-masing.

Proses tersebut berlangsung dengan aman di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 P113 Sepang di Dewan Komuniti Bandar Baru Salak Tinggi di sini pagi ini.

Antaranya ialah calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Rina Harun yang bakal ditentang hebat Anuar Basiran mewakili Barisan Nasional (BN), Raj Muni Aiman Athirah dari Parti Amanah Negara yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Seri Nageswaran Ravi mewakili Parti Rakyat Malaysia.

Turut bersaing ialah calon dari Parti Pejuang Tanah Air yang mewakili blok politik baharu, Gerakan Tanah Air, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim dan Datuk Mohd. Daud Leong Abdullah dari Parti Utama Rakyat.

Selain itu, dua lagi individu wakil sebagai calon Bebas ialah Mohd. Syahrul Amri Din Mat Sari dan Muneswaran Muthiah sebagaimana diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRU15 P113 Sepang, Datuk Abdul Hamid Hussain pukul 11 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya