Saya kotakan janji bina PPR Bukit Belah- Ahmad Jazlan 

Saya kotakan janji bina PPR Bukit Belah – Ahmad Jazlan 

AHMAD Jazlan Yaakub  semasa program turun padang di Parlimen Machang, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Penyandang kerusi Parlimen Machang dari Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub  sudah mengotakan janji membina Program Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Belah, di sini.

Beliau berkata, tugasnya itu sudah selesai sepertimana yang dijanjikan.

Katanya, PPR berkenaan sepatutnya sudah lama diduduki, namun syarat-syarat dan polisi yang ditetapkan sebelum ini telah bertukar setelah kerajaan BN jatuh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa. Sekiranya bidang ini di bawah kuasa saya, rakyat boleh berfikir mengapa perlu ditangguhkan jika projek itu telah siap. Sedangkan saya buat itu untuk rakyat, saya nak bagi kepada rakyat untuk memudahkan mereka. Tiada sebab saya nak tangguh,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi Walkabout di Pasar Tani Machang, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Machang berkata, pihaknya telah berhubung dan membuat taklimat berhubung isu PPR berkenaan sebelum ini, namun terdapat kelewatan urusan berkaitan dengan kerajaan negeri.

“Saya tidak mahu ulas banyak, cuma boleh tanya pihak berkuasa negeri apa yang belum selesai berkaitan dengan PPR berkenaan. Sebelum ini, kita telah membuka permohonan  secara terbuka dengan syarat-syarat yang ditetapkan sebelum tapisan kepada mereka layak, malah kita juga berjanji akan ada projek tambahan untuk PPR,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN