‘Satu kali try, okay. Dua kali try, mati’ - Utusan Malaysia

‘Satu kali try, okay. Dua kali try, mati’

JOHARI Abdul Ghani ketika berucap pada Sesi Sembang Santai Bersama Anak Muda di Keramat. FB : JOHARI GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengingatkan agar pengundi tidak melakukan kesilapan buat kali kedua dalam memilih wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ia ekoran janji manis Pakatan Harapan (PH) terhadap pengundi, sekali gus ramai yang terpedaya sehingga menyebabkan kerajaan BN tumbang setelah 62 tahun memerintah.

Bagaimanapun Johari berkata, beliau tidak menyalahkan pengundi yang ingin beralih kepada tawaran lebih menarik, namun kali ini diingatkan supaya lebih berwaspada dan menilai setiap janji yang diberi oleh mana-mana calon.

“Kali ini saya janji saya akan pastikan perkara ini tidak akan berulang lagi. Shah Alam pun sudah lari, sekarang mahu datang ke tempat ini, satu kali try okay, dua kali try, mati.

“Kalau tidak mahu mati, jangan try kali kedua” katanya di sini.

Johari dalam masa yang sama turut menjawab kenyataan calon PH, Khalid Abdul Samad yang penduduk di situ beruntung jika mengundinya kerana terdapat dua pemimpin yang boleh bekerja untuk rakyat.

“Macam mana mahu jadi ahli Parlimen tetapi tidak mahu jaga rakyat? Jangan sampai ditipu dua kali. Kalau proses pemilihan pemimpin ini, ia memerlukan peranan daripada pengundi untuk menilai pemimpin.

“Tetapi sebelum menjalankan tanggungjawab, fikir dulu baru undi. Kalau tidak, undi dulu baru fikir, salah pilih kena tunggu lima tahun. Itu yang XL tukar jadi M,” katanya.

Khalid sebelum ini berkata, pengundi Titiwangsa beruntung jika memilihnya sebagai wakil rakyat kerana terdapat dua individu yang akan bekerja untuk rakyat.

Ia termasuk Johari yang dilihat suka membantu rakyat meskipun kalah pada PRU14. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN