Rundingan bentuk gabungan kerajaan perlu melalui pintu depan

Rundingan bentuk gabungan kerajaan perlu melalui pintu depan

DR. MOHD. KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Perundingan untuk membentuk satu gabungan kerajaan yang baharu perlu dibuat secara rasmi dan sah melalui pintu depan yang melibatkan ketua-ketua parti.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, perundingan melalui pintu belakang tidak lagi boleh dilakukan kerana ia akan mengulangi tragedi dan krisis yang pernah berlaku pada tahun 2021.

“Perundingan mesti dibuat secara berdepan, dari pintu depan, antara parti dengan parti serta ketua parti dengan ketua parti. 

“Jangan runding pintu belakang yang memecahkan parti rakan kerana tragedi tahun 2021 akan berulang. 

“Wujud kluster menteri dan kluster parti. Kerajaan tidak akan stabil. Apa yang rakyat mahu ialah kerajaan yang stabil.

“Ia mesti bermula dari hari pertama perundingan sehingga terbentuk kerajaan seterusnya menstabilkan kerajaan dengan tidak bertelingkah (sesama sendiri) ketika berada dalam kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pagi ini, tular beberapa keping gambar melibatkan Ahli Parlimen Barisan Nasional diketuai Presidennya, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan pimpinan Pakatan Harapan diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Mohd Khairuddin juga berharap semua pimpinan parti politik menghentikan krisis sedia ada sebaliknya fokus kepada pembentukan kerajaan yang stabil demi pembangunan negara.

“Cukup-cukuplah kita berkrisis kerana ia menyebabkan rakyat dan negara yang menanggung akibatnya,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya