Rozabil, Fathin ‘gempur’ Shahidan dalam pertembungan tiga penjuru Parlimen Arau - Utusan Malaysia

Rozabil, Fathin ‘gempur’ Shahidan dalam pertembungan tiga penjuru Parlimen Arau

ROZABIL Abd. Rahman (kanan) bersama Shahidan Kassim (tengah) dan Fathin Amelina Fazlie yang diumumkan sebagai calon yang akan bertanding di Parlimen Arau selepas selesai proses penamaan calon di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis hari ini. - UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Kerusi ‘panas’ Parlimen Arau bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Penyandang empat penggal kerusi berkenaan, Datuk Seri Shahidan Kassim yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) kali ini berdepan saingan Datuk Rozabil Abd. Rahman mewakili Barisan Nasional (BN) dan calon muda daripada Pakatan Harapan (PH), Fathin Amelina Fazlie, 28.

Pengesahan tiga calon terbabit diumumkan Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon Parlimen Arau, Abdul Malek Hassan sekitar pukul 11.30 pagi di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin di sini.

Pada proses penamaan calon berkenaan, semua calon yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

PRU14 menyaksikan Shahidan memenangi kerusi Parlimen berkenaan atas tiket BN dengan majoriti 4,856 undi mengatasi calon Pas, Hashim Jasin dan Abd. Rahman Daud (PKR).

Shahidan yang sudah lebih 30 dalam tahun dalam politik menguasai Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum 1986, 1990, 2013 dan 2018 selain pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar dari 1995 hingga 2008.

Shahidan berkata, beliau yakin dapat mengekalkan kerusi berkenaan meskipun bertanding atas tiket PN.

“Bukan sahaja Arau dan lima kawasan DUN di situ, saya juga yakin PN mampu merampas Perlis dengan berjayanya,” katanya.

Dalam pada itu Rozabil berkata, beliau menyerahkan kepada pengundi membuat keputusan dan akan terus mendekati sehabis ramai pengundi di Arau.

“Kita akan merayu kepada pengundi mengundi BN dan tidak akan merendahkan mana-mana calon,” kata bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Arau itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN