fbpx

Real Chukai FC juara edisi sulung Kronos Tranung Junior Cup

PASUKAN bola sepak Real Chukai FC B muncul juara kejohanan Kronos Tranung Junior Cup anjuran KTSA di Padang KTC Arena, Batu Buruk, Terengganu, baru-baru ini.

PASUKAN bola sepak Real Chukai FC B muncul juara edisi sulung kejohanan Kronos Tranung Junior Cup bagi kategori usia bawah 12 tahun di Padang KTC Arena, Batu Buruk, Terengganu, baru-baru ini.

Pasukan itu menewaskan SK Binjai dalam perlawanan akhir yang sengit manakala Kuantan Tigers A merangkul tempat ketiga kejohanan anjuran Kronos Tranung Soccer Akademi (KTSA) berkenaan.

Kejohanan julung kali diadakan itu melibatkan lebih 260 pelatih berusia bawah 12 tahun terdiri daripada akademi-akademi bola sepak di Terengganu serta negeri-negeri jiran. – UTUSAN

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN