[RASMI] Muhyiddin pertahan Pagoh, calon PM pertama rasmi menang kerusi - Utusan Malaysia

[RASMI] Muhyiddin pertahan Pagoh, calon PM pertama rasmi menang kerusi

pru15
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi calon Perdana Menteri pertama yang secara rasmi berjaya memenangi kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) apabila mempertahan kerusi Pagoh dengan majoriti 10,007 undi.

Beliau yang mewakili Perikatan Nasional (PN) memperoleh 24,986 undi, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Iskandar Shah Abd. Rahman (14,979 undi) dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Razali Ibrahim (14,426 undi).

Peratus keluar mengundi untuk kerusi tersebut ialah 77.77 peratus dengan 54,391 undi dikira berbanding 69,939 pengundi berdaftar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.