[Rasmi] Mahdzir Khalid tumbang di Padang Terap

[Rasmi] Mahdzir Khalid tumbang di Padang Terap

NURUL Amin Hamid (empat kanan) dijulang oleh penyokongnya selepas diumumkan menang di Parlimen Padang Terap, Kedah. -UTUSAN/MOHD RAFIE AZIMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid tewas di Parlimen Padang Terap selepas dua penggal menjadi Ahli Parlimen di kawasan itu.

Beliau tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Nurul Amin Hamid dengan majoriti 10,959 undi selepas hanya memperolehi 17,258 undi berbanding lawannya 28,217 undi.

Keputusan rasmi diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Terap, Datuk Abd. Ghani @ Zulkifli Zainuddin di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi parlimen tersebut di Kolej Mara Kuala Nerang di sini.

Sementara itu, calon Pakatan Harapan (PH), Muaz Abdullah dan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Razali Lebai Salleh masing-masing hanya mendapat 2,702 dan 452 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya