PRU15: Tiga calon 'gasak' Ahmad Jazlan di Machang - Utusan Malaysia

PRU15: Tiga calon ‘gasak’ Ahmad Jazlan di Machang

DR. Rosli Allani S.Abdull (dari kiri) bersama Mejar (B) Muhamad Seman dan penyandang kerusi Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakub serta Wan Ahmad Fasyhal Wan Kamal sah bertanding di sini hari ini. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub ‘digasak’ tiga calon dalam usaha mempertahan kerusi Parlimen Machang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Tiga calon iaitu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada Perikatan Nasional (PN); Dr. Rosli Allani S. Abdull Khadir (Pakatan Harapan) dan Mejar (B) Muhamad Seman (Gerakan Tanah Air) akan memberi saingan kepada Ahmad Jazlan pada pilihan raya kali ini.

Pengumuman itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Machang, Nik Muhammad Hasanudin Nik Husin di Pusat Penamaan Calon (PPC), Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Machang kira-kira pukul 11.20 pagi.

Nik Muhammad Hasanudin berkata, beliau berpuas hati dengan kesemua kertas pencalonan dan tiada calon yang ditolak pencalonannya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, kerusi Parlimen Machang dimenangi Ahmad Jazlan dengan majoriti 2,824 undi menewaskan calon Pas, Zulkifli Mamat dan Pakatan Harapan, Datuk Sazmi Miah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya