PRU15: Tiada ruang untuk pengkhianat di Ampang - Rodziah

PRU15: Tiada ruang untuk pengkhianat di Ampang – Rodziah

RODZIAH Ismail hadir bersama penyokong pada Majlis Penaman Calon PR15 bagi Parlimen Ampang di Kuala Lumpur, semalam. - FOTO/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Calon Pilihan Raya Ke-15 (PRU15) Parlimen Ampang dari Pakatan Harapan (PH), Rodziah Ismail berazam akan mengembalikan semula kegemilangan dan mandat rakyat yang dikhianati oleh penyandang, Datuk Zuraida Kamaruddin selepas meninggalkan parti untuk bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Namun pada 26 Mei lalu, Zuraida mengumumkan keluar daripada Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Rodziah berkata, walaupun tanggungjawab yang sedang dipikulnya agak berat namun perjuangan harus diteruskan demi mengembalikan pesona PKR di kawasan tersebut.

“Sebenarnya pada 2018 lepas (PRU14) kita (PKR/PH) menang tetapi malangnya kita melihat ada pengkhianatan yang berlaku sehingga runtuhnya satu kerajaan yang diamanahkan kepada PH.

“Saya rasa tanggungjawab dan amanah ini begitu berat tetapi saya dengan rendah hati akan mengambil tanggungjawab ini. 

“Insya-Allah doakan saya supaya sepanjang tempoh berkempen nanti berjalan lancar dan  dapat buat yang terbaik untuk rakyat,” katanya ketika ditemui pada Penamaan Calon Parlimen Ampang di Dewan Dato Razali, di sini hari ini.  

Dalam pada itu, beliau meminta penduduk dan pengundi di Ampang mengambil tanggungjawab untuk menolak mereka yang mengkhianati amanah yang diberikan sebelum ini.

“Tidak kiralah dia penyandang tiga penggal sekali pun, pernah jadi menteri ke, menteri besar ke, tetapi tiada tempat untuk pengkhianat di sini,” tegasnya.

Pada PRU14, Zuraida yang ketika itu mewakili PKR menang dengan undi sebanyak 54,307 mengalahkan calon BN, Leong Kim Soon (12,351 undi) dan calon Pas, Nurul Islam Mohamed Yusoff (9,598) sementara Tan Hua Meng dari Parti Rakyat Malaysia hanya memperoleh 294 undi sekali gus hilang deposit.

Kali ini, Parlimen Ampang menyaksikan pertembungan sembilan penjuru. Selain Rodziah dan Zuraida, kerusi Parlimen ini turut dicabar oleh Ivone Low Yi Wen (BN), Shasha Lyna Abdul Latiff (PN), Dr. Nurul Ashikin Mabahwi (Pejuang), Bryan Lai Wai Chong (Warisan) dan tiga calon bebas iaitu Muhammad Shafiq Izwan Mohd. Yunos, Tan Hua Meng dan M. Raveendran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya