PRU15: Sokongan rakyat Kelantan makin teguh pada BN

PRU15: Sokongan rakyat Kelantan makin teguh pada BN – Ahmad Jazlan

AHMAD Jazlan Yaakub (kiri) beramah mesra dengan peniaga pada sesi Walkabout di Pasar Tani Machang, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Sokongan rakyat negeri ini terhadap Barisan Nasional (BN)  semakin teguh menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Pengerusinya BN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, situasi itu berpandukan kepada sokongan akar umbi UMNO selain parti lain yang turut mahu mengundi BN.

Katanya, pada masa yang sama, momentum daripada anak-anak perantau yang berada di luar Kelantan turut positif apabila mereka menyatakan kesediaan untuk balik dan memberi sokongan kepada BN.

“Saya tidak nampak momentum kepada pihak lain yang dapat saya lihat sekarang ini adalah momentum memihak kepada BN.

“Setakat ini, saya tidak dengar lagi ada kepemimpinan UMNO yang sudah berpaling arah kepada parti lain, yang saya dengar parti lain berpaling arah kepada BN,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi Walkabout di Pasar Tani Machang, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Jazlan yang juga penyandang Parlimen Machang berkata, kempen pilihan raya kali ini agak kurang meriah kerana ia hanya tertumpu di peringkat Parlimen.

“Kalau kerusi yang dipertandingkan oleh rakan (gabungan) Pas walaupun menggunakan logo Pas, kita nampak jentera Pas juga tidak menunjukkan kesungguhan kerana mereka tahu yang bertanding itu bukan dari parti mereka.

“Malah mereka tahu yang bertanding itu adalah terdiri daripada jaguh-jaguh lompat sebelum ini dan mereka sebenarnya pun tidak ada semangat untuk menyokong orang yang tidak pernah ada kesetiaan pada parti sendiri,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya