PRU15: Polis siasat kenyataan masuk api neraka

PRU15: Polis siasat kenyataan masuk api neraka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis memulakan siasatan terhadap kenyataan pemimpin Pas mengenai pengundi ‘masuk api neraka’ sekiranya memilih Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH), berbanding Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perkara itu disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

Pengarah Op PRU-15 Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, siasatan dibuka di Kedah apabila menerima laporan daripada pengadu berkaitan ceramah dibuat Ketua Pemuda Pas Sik, Mohd. Shahiful Nasir yang tular dalam media sosial. 

“Siasatan dilakukan Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Seksyen 504 KK,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Kelmarin, tular video berdurasi 28 saat mengenai ceramah Mohd. Shahiful mendakwa hukum sesiapa mengundi BN dan PH akan masuk neraka.

Susulan itu Mohd. Shahiful mengemukakan permohonan maaf, sambil mengakui kenyataan dibuat menyinggung ramai pihak.

Semalam, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau akan membuat laporan polis susulan kenyataan berkenaan sebagai peringatan kepada ahli dan pemimpin Pas supaya tidak ‘menunggang agama’ bagi tujuan politik. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.