PRU15: Penyandang Parlimen Tumpat dari Pas tanding atas tiket BN - Utusan Malaysia

PRU15: Penyandang Parlimen Tumpat dari Pas tanding atas tiket BN

CHE ABDULLAH MAT NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) Kelantan membuat kejutan besar hari ini apabila memberi laluan Datuk Che Abdullah Mat Nawi untuk mempertahan kerusi Parlimen Tumpat selepas tidak dicalonkan oleh Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, seluruh akar umbi parti di kawasan itu terutama UMNO Bahagian Tumpat secara terbuka menerima baik kehadiran Che Abdullah untuk bertanding atas tiket BN.

Menurutnya, keputusan memberi laluan itu dibuat kerana BN negeri beranggapan Che Abdullah sebagai calon boleh menang.

“BN akui ada menawarkan kerusi berkenaan kepada Che Abdullah dan kita memang mengadakan pertemuan dengan beliau.

“Kita rasa satu kelegaan apabila Che Abdullah bersetuju dengan tawaran yang diberikan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

AHMAD Jazlan Yaakob (kanan) bersama Che Abdullah Mat Nawi (duduk) semasa mengisi borang pencalonan BN di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, Pas menggugurkan dua nama besar dalam arena politik di negeri ini iaitu Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pada PRU15.

Perkara itu disahkan pada Majlis Pengisytiharan Calon Perikatan Nasional (PN) Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV di sini.

Menerusi pengisytiharan itu, Pas menamakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Mumtaz Md. Nawi sebagai pengganti kepada Che Abdullah, sementara Nik Mohamad Abduh digantikan Mohd. Syahir Che Sulaiman.

Pada PRU14, Che Abdullah menewaskan calon BN dan PKR dengan majoriti 17,500 undi.

Che Abdullah mendapat undi sebanyak 47,041 manakala Datuk Wan Johani Wan Hussin (BN) memperoleh 29,541 undi dan Datuk Nordin Salleh (PKR) hitang deposit selepas meraih 10,003 undi.

Sementara itu, usaha Utusan Malaysia untuk menghubungi Che Abdullah gagal apabila panggilan tidak dijawab. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.