PRU15: Pencalonan calon PH DUN Kemayan ditolak - Utusan Malaysia

PRU15: Pencalonan calon PH DUN Kemayan ditolak

MANOLAN Mohamad (dua dari kanan) yang ditolak kertas pencalonan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 di Dewan Konvensyen Bera di Bera, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Kertas pencalonan dikemukakan calon Pakatan Harapan (PH), Manolan Mohamad bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayan ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana kesilapan teknikal berkaitan alamat dalam kad pengenalan yang berbeza daripada kawasan pencalonan.

Ekoran itu, kerusi tersebut menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) yang diwakili Ketua Pemuda UMNO Bera, Khaizulnizam Mohamad Zuldin dan Shapuan Hussin yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

Dalam pada itu dua lagi DUN di bawah Parlimen Bera iaitu DUN Guai dan DUN Triang masing-masing menyaksikan pertembungan empat dan tiga penjuru.

DUN Guai menyaksikan calon baharu BN, Datuk Sabariah Saidan berdepan tiga lagi calon iaitu Noraini Abdul (PH), Norhashimah Mat Noh (PN) dan calon Bebas, Jafari Mohd. Yusof.

Kerusi Triang yang disandang PH pula menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara penyandangnya, Leong Yu Man daripada DAP; Yee Cheng Hwa (BN) dan Muhammad Izzuddin Zulkifli (PN).

Pengumuman rasmi calon dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Bera, Datuk Zaman Azam Mohamet Sarif pada pukul 11.23 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya