PRU15: Orang Asli Maran mahu BN kekal Ismail calon Parlimen Maran - Utusan Malaysia

PRU15: Orang Asli Maran mahu BN kekal Ismail calon Parlimen Maran

JANTAN Bujing (duduk, empat dari kanan) bersama masyarakat Orang Asli pada majlis penyampaian watikah pelantikan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli Merbau di Maran, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Seramai 2,800 masyarakat Orang Asli dari lapan perkampungan dalam daerah ini mahu pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) mengekalkan penyandang kerusi Parlimen Maran, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Batin Daerah Maran, Jantan Bujing berkata, pada masa ini, hanya kepimpinan Ismail yang begitu mesra dan dekat dengan Orang Asli diyakini membantu masyarakat kaum minoriti tersebut di daerah itu.

“Jika mahu sokongan ‘solid‘ kami (masyarakat Orang Asli), hanya Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib yang kami mahu sebagai calon BN, janganlah ada berpecah belah.

“Kalau beri orang lain kami tidak nampak jasa dan kami takut bila salah pilih nanti hidup kami bertambah susah,” katanya pada majlis penyampaian watikah pelantikan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli Merbau di sini hari ini.

Menurut Jantan, masyarakat Orang Asli sentiasa menjadi penyokong kuat BN khususnya kepada Ismail.

“Sikap mesra yang ditunjukkan Ismail yang sering turun padang melihat kebajikan masyarakat Orang Asli melayan seperti saudara-mara membuatkan kami mahukan kepimpinan beliau,” katanya.

Ismail Muttalib menjadi Ahli Parlimen Maran selama empat penggal bermula 2004 dan dalam tsunami politik PRU14 lalu beliau berjaya memenangi kerusi Parlimen Maran dengan majoriti 3,763 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya