PRU15: Mashitah hadapi saingan empat calon lelaki di Kuala Kedah - Utusan Malaysia

PRU15: Mashitah hadapi saingan empat calon lelaki di Kuala Kedah

MASHITAH Ibrahim (tengah) diapit empat calon lain (dari kiri) Azman Ismail; Syed Araniri Syed Ahmad; Ulya Aqamah Husamudin dan Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi selepas dinamakan sebagai calon Parlimen Kuala Kedah di sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Mashitah Ibrahim yang membuat kemunculan semula dalam politik berdepan saingan lima penjuru di Parlimen Kuala Kedah.

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu akan ditentang empat calon lelaki di kawasan berkenaan daripada Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Warisan.

PH akan diwakili penyandang kerusi itu, Dr. Azman Ismail manakala bekas Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi mewakili PN.

Ketua Penerangan Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin dipertaruhkan Gerakan Tanah Air (GTA) sementara Warisan menampilkan Syed Araniri Syed Ahmad.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Azman menang dengan majoriti 13,481 undi mengatasi dua lawannya iaitu Muhamad Riduan Othman (Pas) dan Abdullah Hasnan Kamaruddin (BN).

Azman meraih 36,624 undi manakala Muhamad Riduan sebanyak 23,143 diikuti Abdullah Hasnan yang mendapat 19,400 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya