PRU15: Masalah tanah selesai jika tukar kerajaan Pas Kelantan 

PRU15: Masalah tanah selesai jika tukar kerajaan Pas Kelantan 

TENGKU Razaleigh Hamzah (dua dari kanan) mendengar masalah yang dihadapi rakyat Cina di Kampung Batu Papan 2, Gua Musang, Kelantan. - FOTO/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Masalah pemilikan tanah yang dihadapi oleh penduduk negeri ini dapat diselesaikan sekiranya pentadbiran Pas selama 32 tahun ditukar pada pilihan raya akan datang.

Calon Barisan Nasional (BN) Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li berkata, walaupun sudah diberi mandat mentadbir negeri ini lebih 30 tahun namun kerajaan Pas gagal membantu rakyat yang tidak berkemampuan.

Menurutnya, hal ini kerana bayaran premium tanah yang terlampau mahal menyebabkan golongan berpendapatan rendah gagal berbuat demikian.

“Masalah ini hanya boleh selesai apabila kita buang kerajaan Pas kerana dasar kerajaan menekan dan mencekik orang-orang yang tak mampu membayar premium tanah, cukai tanah dan sebagainya.

“Saya rasa kalau kerajaan Pas tak bertindak inilah jadinya. Kita anjur tukar kerajaan ini kerana dia dah 30 tahun,” katanya kepada pemberita semasa beramah mesra dengan masyarakat Cina, di sini hari ini.

Ku Li memberitahu, sudah tiba masanya kerajaan negeri ditukar bagi memberi laluan kepada pentadbiran baharu yang lebih baik bagi memastikan perubahan di Kelantan dapat dilaksanakan dengan lebih baik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN