PRU15: Kerajaan tubuh ‘task force’ tangani berita palsu

PRU15: Kerajaan tubuh ‘task force’ tangani berita palsu

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan ‘task force’ dalam usaha menangani penyebaran berita palsu sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, pasukan itu ditubuhkan bertujuan mengambil tindakan serta-merta tanpa perlu menunggu laporan daripada mana-mana pihak.

Menurutnya, kementerian telah meluluskan pembelian peranti bagi kegunaan lebih 100 anggota pasukan berkenaan untuk menyekat sebarang penyebaran berita palsu berkuat kuasa hari ini.

“Pasukan ‘task force’ yang kita bentuk ini akan bertindak memantau seberapa yang boleh dan sepanjang waktu supaya bila ada berita palsu, kita dapat memadam serta membuang dengan segera tanpa perlu menunggu laporan.

“Nak tunggu laporan dan menyiasat adalah tidak sesuai waktu pilihan raya ini kerana kalau calon yang menjadi mangsa (berita palsu), jadi teraniayalah calon itu. Oleh itu, ‘task force’ ini dibenarkan mengambil tindakan serta-merta,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Komuniti Esports Keluarga Malaysia @Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Melor di sini hari ini.

Annuar memberitahu, orang ramai diingatkan supaya membuat laporan segera kepada MCMC sekiranya melihat sebarang hantaran berita yang berunsur fitnah dan palsu di laman sosial.

“Penyebaran berita palsu ini boleh membawa kesan negatif kepada orang ramai, malah sekiranya dibiarkan ia dapat memberi tekanan sehingga ada yang sanggup bunuh diri,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.