PRU15: Isytihar harta hanya sandiwara - Azmin

PRU15: Isytihar harta hanya sandiwara – Azmin

MOHAMED Azmin Ali bersalam dengan penduduk pada program Jelajah Prihatin Parlimen Tambun di Klebang Jaya, Ipoh semalam. - FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pengisytiharan harta dan jumlah aset beberapa calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hanyalah sandiwara, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) itu berkata, ini kerana mereka yang telah mengisytiharkan harta itu sendiri mempunyai rekod terlibat rasuah.

Katanya, calon daripada gabungan PN tidak perlu mengikut apa yang dilakukan parti lawan.

“Mereka boleh buat pengisytiharan harta tapi mereka yang terlibat dalam rasuah pun masih menjadi calon.

“Ini semua sandiwara. Jika betul komited mahu lawan rasuah, patutnya tunjuklah satu contoh yang baik. 

“Calon mereka sendiri tidak sepatutnya dibenarkan untuk menyerahkan kertas penamaan calon pada hari penamaan ketika masih bergelut (kes rasuah) di mahkamah. Itu pendirian kami,” katanya dalam sidang akhbar selepas program Jelajah Prihatin Parlimen Tambun di Klebang Jaya, di sini semalam.

Menurut beliau, menjadi kebiasaan untuk jemaah menteri menyediakan pengisytiharan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas sesebuah kerajaan dibentuk.

“Ini telah pun kita lakukan dan ia antara langkah yang perlu diteruskan untuk memastikan pimpinan dalam kerajaan dapat mematuhi peraturan dan tidak terjebak dalam amalan rasuah,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan calon Parlimen Pandan yang juga Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mengisytiharkan RM18,851,350 sebagai aset bersih beliau setakat 31 Oktober tahun ini.

Pengisytiharan itu dibuat susulan syarat PKR supaya calonnya dalam pilihan raya umum 19 November ini berbuat demikian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya