PRU15: Hadi seru pilih Pas, biarlah BN berehat dahulu, PH tak boleh diharap - Utusan Malaysia

PRU15: Hadi seru pilih Pas, biarlah BN berehat dahulu, PH tak boleh diharap

ABDUL Hadi Awang (tiga dari kanan) ketika tiba di tapak Ceramah Umum Pas di Padang Puteri Saadong, Wakaf Bharu, Tumpat malam tadi. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang meminta rakyat Kelantan memilih calon yang mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) demi membawa perubahan dan pembaharuan kepada negara.

Abdul Hadi dalam ucapannya berkata, walaupun bertanding di atas nama Pas tetapi parti itu dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bergabung di bawah bumbung PN dan sama-sama bekerja kuat.

“Harap orang Kelantan memilih wakil kita pada PRU15. Kita kena ubah negara kepada Kerajaan PN dan perlu membuat pembaharuan. Biarlah Barisan Nasional (BN) berehat dahulu dan beri peluang kepada kita.

“Pilihlah Pas. Pakatan Harapan (PH) tidak boleh diharap dan BN pula keruh. Saya minta pengundi supaya undilah calon kita yang terdiri daripada pelbagai latar belakang,” katanya pada Ceramah Umum Pas di Padang Puteri Saadong, di sini malam tadi.

Calon Parlimen Marang itu turut meminta rakyat Malaysia beramai-ramai keluar mengundi pada 19 November nanti kerana ia adalah tanggungjawab yang tidak boleh diambil mudah.

“Jangan pandang ringan soal mengundi kerana ia akan dipersoalkan di akhirat kelak dan jangan kerana kita tidak mengundi, mereka yang betul kalah pada PRU15,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.