PRU15: Dewan Jubli Perak sedia terima kertas undi

PRU15: Dewan Jubli Perak sedia terima kertas undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di sini sudah berada dalam keadaan siap sedia menerima kertas undi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) esok.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati lokasi yang akan menjadi pusat penjumlahan undi bagi kawasan Parlimen Kota Bharu sudah berada dalam keadaan bersiap sedia.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Kota Bharu, Rosnazli Amin berkata, pihaknya sudah melakukan sesi suai kenal antara Ketua Tempat Mengundi (KTM), kerani pengundian, penyelia dan anggota polis yang akan bertugas di sini esok melibatkan 198 saluran.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar sebelum hari pengundian pada pagi esok. Semua peralatan kelengkapan mengundi termasuk kertas undi akan dibawa ke tempat mengundi masing-masing mengikut saluran,” katanya.

Pada PRU15 esok, penyandang bagi kerusi Parlimen Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan dari Pas akan ditentang oleh Datuk Seri Rosmadi Ismail (Barisan Nasional), Prof. Datuk Dr. Che Musa Che Omar (Gerakan Tanah Air), Dr. Hafidzah Mustaqim (Pakatan Harapan), Andy Tan (Parti Rakyat Malaysia) dan Izat Bukhary Ismail Bukary (Bebas).

PRU14 lalu, Takiyuddin menang dengan majoriti 5,869 undi menewaskan calon PKR dan BN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.