PRU15: Bukan medan pilih calon 'tinggi, gelap dan kacak'

PRU15: Sungai Buloh bukan medan pilih calon ‘tall, dark and handsome’

AMIRUDIN Shari ketika menyampaikan ceramah umum di Taman Saujana Utama 2 di Sungai Buloh semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) bukan platform untuk memilih calon yang ‘tall, dark and handsome’ sebaliknya, pengundi di Sungai Buloh perlu melihat calon mana yang mampu membawa masa depan negara ke arah lebih baik.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, calon yang dipilih juga perlu dinilai dalam setiap aspek dan bukannya yang bercita-cita untuk tentukan masa depan UMNO selain mahu menjadi Perdana Menteri pada 10 tahun akan datang.

“Sejak mula berkempen ramai bimbang dengan kerusi Pakatan Harapan (PH) di Sungai Buloh….Namun, saya yakin kawasan ini akan kekal milik PH. Pilihan raya kali ini, kita mahu tentukan masa depan negara ke arah yang lebih baik, bukannya tentukan masa depan UMNO.

“Sekarang juga bukannya persoalan individu mana, bukan persoalan muafakat mana….Sekarang ada tiga koleksi besar iaitu PH, Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) yang akan bertembung. Jadi, kita kena buat pilihan terbaik.

“Kita juga bukan hendak mencari wakil rakyat yang bercita-cita sampai ke bulan atau hendak mencari siapa yang paling ‘tall, dark and handsome’,” katanya dalam ceramah umum di sini semalam yang turut disertai calon PH Parlimen Sungai Buloh, Datuk R. Ramanan.

Istilah ‘tall, dark and handsome’ itu dipercayai ditujukan kepada calon BN di Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin yang sebelum ini popular dengan jolokan tersebut kerana penampilannya yang menarik perhatian netizen.

Amirudin juga mendakwa, suasana politik negara menjadi kelam kabut dan tiada hala tuju selepas rampasan kuasa daripada kerajaan PH yang menyaksikan mereka yang kalah kembali menyertai dan membentuk semula kerajaan baharu.

“BN kata mereka bawa kestabilan dan kemakmuran namun, hakikatnya negara tidak pernah stabil selepas Februari 2020. Bermula sejak itu juga, negara berdepan pelbagai krisis. Politik lintang pukang, cabaran ekonomi dan juga masalah banjir.

“Ia jelas membuktikan kerajaan 31 bulan (era Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) adalah kerajaan yang tiada hala tuju. Masing-masing ada agenda, rampas kuasa mahu jadi Perdana Menteri dan sebagainya,” kata Amiruddin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya