PRU15: BN yakin bentuk kerajaan sendiri - PM

PRU15: BN yakin bentuk kerajaan sendiri – PM

ISMAIL Sabri Yaakob (tengah) beramah mesra dengan penduduk ketika hadir majlis ramah mesra bersama penduduk Kampung Batu Bor di Dewan Belia Batu Bor, Bera, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Barisan Nasional (BN) yakin menang 112 kerusi Parlimen sekali gus memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Perdana Menteri berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada mood rakyat terdiri daripada orang Melayu, Cina dan India yang kembali memberikan sokongan kepada BN.

Bagaimanapun beliau percaya biarpun memperoleh 112 kerusi Parlimen, namun BN tidak boleh bersendirian dalam membentuk kerajaan. 

“Kita memerlukan sokongan rakan kita di Sabah dan Sarawak untuk kita menguatkan lagi kerajaan yang akan dibentuk selepas ini. 

“Walaupun 112 kerusi itu sudah boleh membentuk kerajaan dan tiada lagi lompat parti selepas akta lompat parti diluluskan, namun kita mahukan kerajaan yang kuat demi kemakmuran dan kestabilan negara,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Kampung Batu Bor di Dewan Belia Kampung Batu Bor, di sini hari ini.

Ismail Sabri Yaakob berkata, laporan sehingga kini menunjukkan bahawa BN sedang mendahului dan yakin akan menang PRU15 ini.

Berhubung sokongan penduduk luar bandar, Ismail Sabri yang juga calon BN Parlimen Bera berkata, kawasan itu sentiasa menjadi deposit tetap kepada UMNO dan BN. 

“Saya lihat pengundi-pengundi bandar juga dilihat bersama kita termasuk peniaga kerana banyak insentif diberikan kerajaan kepada mereka. 

“Mereka membuat perbandingan sewaktu Pakatan Harapan (PH) dan BN, mereka lebih yakin BN mampu untuk mampu untuk membawa negara ke tahap lebih baik berbanding ketika PH memerintah,” katanya. 

Mengulas sokongan pengundi muda pada usia 18 hingga 20 tahun, beliau berkata, BN sedang mendekati golongan itu kerana ramai yang tidak sedar mereka layak mengundi pada pilihan raya umum (PRU) kali ini. 

“Kita mempunyai senarai pengundi-pengundi muda terbabit dan kita akan mendekati mereka supaya bukan sahaja keluar mengundi PRU15 ini malah mengundi BN,” katanya. 

Beliau berkata, dalam Bajet 2023, banyak insentif diumumkan kerajaan kepada orang muda termasuk pelajar seperti Peranti Siwa, E-Dompet RM200, Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk belia yang tiada slip gaji memberi rumah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya