PRU15: 6,051 pegawai, anggota polis Pulau Pinang tunai tanggungjawab undi awal - Utusan Malaysia

PRU15: 6,051 pegawai, anggota polis Pulau Pinang tunai tanggungjawab undi awal

SEBAHAGIAN daripada anggota dan pegawai polis Pulau Pinang beratur untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal PRU15 di Dewan Mutiara IPK Pulau Pinang, George Town hari ini. - Pix IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Seramai 6,051 pengundi membabitkan pegawai dan anggota polis menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Pulau Pinang hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd Zain berkata, terdapat 33 saluran di 28 pusat mengundi awal di seluruh Pulau Pinang dibuka hari ini.

”Selain itu, seramai 187 pegawai dan anggota telah digerakkan untuk penugasan hari ini bagi menyelaraskan proses pengundian awal hari ini,” katanya ketika ditemui di Dewan Mutiara Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Pulau Pinang di sini hari ini.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia di Dewan Mutiara IPK Pulau Pinang hari ini mendapati pegawai dan anggota polis pelbagai pangkat mula beratur seawal 8.30 pagi dengan berpakaian uniform lengkap untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.

Turut kelihatan berada di pusat undi awal di Dewan Mutiara itu ialah calon Pakatan Harapan ( PH) bagi Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying dan calon Barisan Nasional (BN), Tan Kim Nee.

Mengulas lanjut, Mohd. Shuhaily berkata, pada hari pengundian awal pos yang dijalankan pada 10 November lalu, seramai 179 pegawai kanan, pegawai rendah dan kakitangan awam turut melaksanakan tangungjawab mereka.

Dalam pada itu, beliau berkata, sepanjang 10 hari tempoh kempen PRU15 berlangsung polis telah mengeluarkan 986 permit dan 360 acara telah dijalankan setakat ini.

”Mungkin dalam minggu-minggu akhir kempen nanti kita akan menerima lebih banyak permohonan permit.

”Setakat hari ini juga 30 laporan polis telah terima dengan 12 kertas siasatan dan satu kertas enkuiri polis (KEP) dibuka,” katanya.

Sementara itu, tambah beliau, dalam tempoh kempen yang berbaki selama empat hari lagi, polis menasihatkan semua pihak menjaga keselamatan dan bersedia menghadapi kemungkinan banjir memandangkan situasi cuaca yang tidak menentu pada masa ini.

”Polis sentiasa bersedia memberi bantuan segera kepada mana-mana pihak yang memerlukannya terutama di kawasan-kawasan ‘hot spot’,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.