PRU-15: GRS gariskan empat teras dalam manifesto

PRU-15: GRS gariskan empat teras dalam manifesto

HAJIJI Noor (tiga kiri) bersama pemimpin GRS semasa pelancaran manifesto GRS di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menggariskan empat teras utama dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, manifesto GRS berteraskan kepada keutamaan Sabah, melangkah ke hadapan, Sabah maju dan penyatuan Sabah.

Beliau berkata, manifesto itu merupakan kesinambungan kepada hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Kita akan teruskan kerjasama kita dengan Barisan Nasional seperti pada pilihan raya yang lepas.

“Ia penting bagi memastikan kestabilan politik di Sabah dan juga untuk memacu ekonomi negeri Sabah,” katanya semasa majlis pelancaran Manifesto GRS hari ini.

Di bawah empat teras itu, 13 fokus diberikan meliputi semua aspek termasuk usaha menuntut kawasan Parlimen tambahan untuk Sabah.

Maka, GRS akan menyambung perjuangan menuntut 35 peratus kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak sehingga berjaya.

Beliau berkata, kerajaan Persekutuan harus mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri bagi Wilayah Sabah dengan kuasa-kuasa signifikan dan memastikan peruntukan pembangunan daripada Persekutuian disalurkan terus kepada kerajaan negeri.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya