PRN Kedah bila-bila masa selepas Mac 2023

PRN Kedah bila-bila masa selepas Mac 2023

MUHAMMAD SANUSI MOHD NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah menjangkakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah akan dilangsungkan pada bila-bila masa selepas Mac tahun depan.

Menurut Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas itu, beliau bagaimanapun akan membincangkan perkara tersebut dengan kerajaan negeri lain seperti Kelantan dan Terengganu agar Kedah tidak ‘keseorangan’ dalam melaksanakan PRN.

“Sebelum ini saya pernah katakan yang kita tak buat PRN sebab bimbang banjir yang bermula pada bulan ini hingga Mac. Selepas Mac, anytime (PRN dijalankan).

“Peralihan monsun dan banjir ini dijangka akan berakhir pada Mac, jadi kita akan laksanakan PRN selepas itu. Kena ambil kira juga ada bulan puasa, Aidilfitri dan Aidiladha selepas Mac tetapi mungkin di celah-celah itu, kita boleh buat PRN.

“Tetapi kena bincang jugalah dengan Kelantan dan Terengganu untuk buat sekali. Kalau semua buat sekali, meriah dan jimat sikit,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Kesyukuran PN Kedah di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut di sini.

Sementara itu, Muhammad Sanusi turut menyatakan keyakinan terhadap kemampuan PN untuk menambah satu lagi kerusi apabila proses pengundian bagi Parlimen Padang Serai dijalankan 7 Disember ini.

Katanya, keyakinan itu bersandarkan kepada momentum sokongan rakyat yang dilihat sememangnya menyebelahi PN di Kedah melalui pemberian undi yang sangat tinggi hingga membolehkan calon-calon gabungan itu menang dengan majoriti besar.

“Di sinilah (PN) keyakinan orang sekarang sekarang ini. Semua orang nak duduk di sebelah pemenang dan mereka (pengundi Padang Serai) akan datang kepada PN yang menang.

“Tunggu tong undi dibuka sajalah dan tong itu akan dipenuhi dengan undi kepada PN. Saya memiliki keyakinan bahawa Padang Serai ini adalah kemenangan yang tertangguh buat PN,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya