Polis selesai 9 kes samun, ragut selepas tahan seorang lelaki

Polis selesai sembilan kes samun, ragut selepas tahan seorang lelaki

SEBAHAGIAN daripada barangan yang dirampas daripada seorang lelaki selepas ditahan di Lembah Klang, 27 Oktober lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu berjaya menyelesaikan sembilan kes samun dan ragut di daerah ini susulan penangkapan seorang lelaki di Lembah Klang, 27 Oktober lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md. Isa, berkata, suspek diberkas sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah negeri dan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sebuah rumah di Sungai Buloh, Selangor.

Menurut beliau, pihaknya sebelum ini menerima sembilan laporan jenayah samun dan ragut sejak 8 Julai sehingga 23 September lalu melibatkan kerugian RM11,000.

“Siasatan awal mendapati modus operandi suspek yang berusia 29 tahun itu adalah dengan menyasarkan wanita yang menunggang motosikal seorang diri sebagai mangsa.

“Suspek yang turut bermotosikal kemudian akan meragut barangan berharga milik mangsa di bakul motosikal mereka.

“Turut diberkas ketika operasi khas itu adalah dua buah telefon bimbit dan dua keping kad pengeluaran wang automatik (ATM),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rohaimi memberitahu, semakan lanjut mendapati lelaki Melayu yang juga seorang penganggur dari Chendering di sini turut memiliki 15 rekod lampau termasuk enam kes penyalahgunaan dadah.

Suspek telah direman selama tujuh hari bermula 28 Oktober lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN